KUALA LUMPUR : MCA sedia menyerahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan lima pimpinan tertinggi atau 'Top 5' UMNO berkaitan keputusan menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum ini.
Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong merayu Perdana Menteri agar turut berbincang dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam memastikan kemenangan parti itu.
"Kita juga sedar, di mana PRU14 pada 5 Mei 2018, kita dah masuk ke tahun kelima untuk satu penggal Parlimen. Ini bermaksud, bila-bila masa sahaja PRU15 ini. Kita serah kepada budi bicara Perdana Menteri untuk berbincang dengan Top 5 UMNO seperti mana yang telah diputuskan.
"Namun, saya merayu kepada Perdana Menteri supaya berbincang dengan komponen parti bersama kerana kita bukan sahaja nak UMNO menang, kita juga nak MCA menang, MIC menang, kita nak PBRS menang dan kita nak kemenangan mutlak itu agar kita dapat mentadbir negara kita selepas PRU15," katanya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden MCA sempena Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Dewan Merdeka WTC di sini pada Rabu.
BACA: PRU15 bila-bila masa dari sekarang, PM seru BN bersedia
Dalam pada itu, MCA mengulangi pendirian untuk menyokong penuh usul UMNO yang menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang sekiranya diberi mandat rakyat.
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Perdana Menteri mempunyai kepimpinan yang menggarap nilai-nilai murni dalam semangat Keluarga Malaysia.
"Selaku Presiden MCA, saya ingin mengulangi pendirian kita iaitu MCA menyambut baik dan menyokong penuh usul UMNO yang menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai panglima atau ‘ikon’ dan terus menerajui negara sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang sekiranya diberi mandat rakyat.
"Kepimpinan Perdana Menteri yang menggarap nilai-nilai murni dalam semangat Keluarga Malaysia adalah sesuatu yang baik untuk negara yang didiami masyarakat majmuk seperti Malaysia.
"Semangat kebersamaan inilah yang menguatkan kita dan mewujudkan kestabilan. Pencapaian baik Barisan Nasional selama mentadbir negara selama ini juga perlu kita pertahankan dan tambah baik lagi. inilah elemen yang tidak ada dalam parti pembangkang,"ujarnya.
Justeru, katanya MCA akan terus bekerja kuat untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU15 nanti.
"Kami komited untuk bertungkus-lumus meraih undi di PDM-PDM (pusat daerah mengundi) yang pengundinya majoriti Cina tidak kira siapa pun calon Barisan Nasional sama ada dari UMNO mahupun MIC, begitu juga PBRS di Sabah, " tegasnya.
Rahimah Abdullah
Wed Jun 01 2022
Datuk Seri Wee Ka Siong merayu Perdana Menteri agar turut berbincang dengan parti komponen Barisan Nasional mengenai penentuan PRU15 dalam memastikan kemenangan parti itu. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
[TERKINI] Netanyahu tiba di Kneeset teruskan persidangan
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant dilihat meneruskan sesi baharu pembukaan parlimen disaat berita mengenai permohonan waran tangkap hangat diperkatakan ketika ini.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
[TERKINI] Ketua Pendakwa Raya mohon waran tangkap terhadap Netanyahu
Mimpi ngeri Israel yang menyuarakan kebimbangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersedia mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawainya bakal menjadi kenyataan selepas notis permohonan diserahkan ICC kepada tiga panel hakim yang terlibat dalam pra-perbicaraan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
AWANI Ringkas: Buang bayi - Sepasang kekasih ditahan di Kemaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penentuan PRU15: MCA rayu PM tidak lupa bincang dengan komponen BN
MCA sedia menyerahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Ismail Yaakob dan lima pimpinan tertinggi atau 'Top 5' UMNO berkaitan keputusan menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum ini.
'Bossku' popular kerana angin perubahan seperti kembali kepada BN - Najib
Walaupun pandangan itu bersifat anecdotal, Najib optimis angin perubahan itu sudah kembali berpihak kepada Barisan Nasional
Untuk menang PRU, BN tidak boleh ada ruang untuk 'opportunist', pedagang politik - Tok Mat
BN harus lebih berani membuka ruang, menyokong dan mengangkat kepercayaan kepada calon yang berilmu, berakhlak, berprinsip.
BN perlu kembali mentadbir, selamatkan Malaysia untuk generasi akan datang - Mohamad Hasan
Misi utama BN ketika ini adalah untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 dengan majoriti yang menyakinkan, demi menyelamatkan Malaysia, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Persepsi BN gila kuasa, korup membimbangkan, imej perlu diperbaiki semula - Mohamad Hasan
Persepsi toksik bahawa BN itu merupakan parti yang gila kuasa, korup, salah guna kuasa adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan perlu diperbaiki semula, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.
Konvensyen BN bakal saksikan kesepakatan, solidariti parti - Ismail Sabri
Konvensyen Barisan Nasional (BN) bakal menjadi saksi solidariti dan kesepakatan sebuah gabungan parti yang terbukti memperjuang kesejahteraan Keluarga Malaysia.